Untuk pemilik restoran & kafe yang nak maksimakan jualan kedai.

Dah spend ratus ribu untuk renovation, tapi kedai still takda website official?

Kami bantu buatkan website yang mampu buat bakal pelanggan rasa terliur nak datang!

  • Kami siapkan dulu, puas hati, baru bayar.
  • Website siap sepantas 24 jam.
  • Anda takyah pening kepala, team pakar Kuik handle semua.
Ilustrasi AI lima orang rakan sekerja Melayu untuk visual team KUIK

Stop buat bakal pelanggan rasa annoying.

Bila nak tahu full info pasal kedai kita, terpaksa scroll satu-satu post IG atau TikTok kita.

  • Kedai ni kat mana ek?
  • Ada menu apa sini?
  • Apa yang special?
  • Harga macam mana?

End up, dari minat, bertukar jadi
penat & terus tak jadi datang.

Dengan website dari Kuik, bakal pelanggan dapat full info dalam 1 laman je.

Dari sekadar nak tahu, bertukar jadi sangat berminat nak datang hari ini juga.

  • Tanpa rasa annoying.
  • Tanpa menyusahkan mereka.
  • Tanpa perlu 'kutip' sendiri info dari banyak post.

Dari rasa annoying, bertukar jadi
rasa kagum & excited dengan kedai anda!

Ini contoh hasil
website dari Kuik.

Bara Senja

Ini website demo sahaja. Website anda nanti kami buat ikut nama, tema dan cerita kedai anda sendiri.

Ini Website Demo SahajaKami jaga privasi klien kami.

Jangan harapkan Google Review semata-mata.

Anda tak boleh kawal apa yang keluar kat Google Review, silap hari bulan, feedback negatif paling atas sekali.

  • First impression dah failed.
  • Buat orang rasa turn off nak datang.
  • Takda siapa nak bantu yakinkan bakal pelanggan.
Contoh ulasan rekaan satu bintang: pelanggan kecewa dengan makanan sejuk, layanan staff dan harga.

Anda letih-letih sakit kepala nak bagi the best,
hanya sebab Google Review, sales drop.

Biar website dari Kuik jadi tukang promote yang 'kerja' 24 jam, tanpa tidur!

Bila pelanggan Google, ada keluar link website anda yang bantu 'pancing' pelanggan ke kedai.

  • Tanpa perlu anda pening explain kat Whatsapp.
  • Tanpa harap Google Review yang tak boleh dikawal.
  • Tanpa biarkan bakal pelanggan buat andaian sendiri.
Ilustrasi ulasan rekaan lima bintang: makanan sedap dan website memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat.

Lepas ni, anda tak lagi bazirkan sales,
hanya sebab takda website official macam ni.

Jangan bazir duit buat website official yang nampak formal & cantik semata!

Bakal pelanggan tak pergi kedai anda, sebab brand anda nampak gah seperti Megah Holding.

  • Website ada banyak laman serabutkan kepala.
  • Website takda copywriting yang buat pelanggan terliur.
  • Website nampak 'kering' tanpa emosi.

Banyak kedai bazir beribu Ringgit
buat website yang nampak cantik
tapi tak bagi impak pada jualan.

Website dari Kuik buat bakal pelanggan rasa terliur nak datang!

Dengan copywriting dan susunan ayat yang basah dengan emosi, buat bakal pelanggan rasa 'gatal' nak datang.

  • Hanya 1 laman saja.
  • Fokus untuk 'pancing' pelanggan.
  • Bantu mudahkan pelanggan datang.

Dari masuk website sekadar nak tahu, tiba-tiba bertukar jadi “bang, esok jom pergi kedai ni jom!”.

Ini contoh hasil
website dari Kuik.

Seoul Sini

Ini website demo sahaja. Warna, visual dan ayat kami sesuaikan dengan karakter kedai anda sendiri.

Ini Website Demo SahajaKami jaga privasi klien kami.

Ramai owner kedai habiskan beribu buat iklan berbayar kat FB atau IG.

Tapi mereka 'tarik' pelanggan ke Whatsapp & staff kedai pening kepala kena reply soalan basics yang berulang-ulang.

  • Staff jadi serabut nak handle.
  • Ramai tanya-tanya tapi tak datang pun.
  • Duit iklan hangus macam tu je.

Akhirnya, ramai owner rasa bazir duit je buat iklan berbayar tapi takda hasil.

Lepas ni, buat iklan berbayar tapi 'tarik' bakal pelanggan ke website yang 'convert'.

Anda akan dapat lihat impak iklan itu akan jauh lebih kuat dan kedai akan lebih jelas ramainya!

  • Website jadi tukang convert 'curious' kepada 'nak datang'.
  • Whatsapp tiada lagi sibuk dengan soalan berulang.
  • Setiap sen iklan berbayar jadi berbaloi-baloi.

Barulah ada 1 funnel jualan yang jelas untuk iklan berbayar, bukan lagi tekan iklan & harap-harap jadi.

Anda nampak apa yang baru berlaku?

Tadi anda tak kenal kami, tak rasa website itu penting & takda rasa berminat pun.

  • Sekarang anda rasa berminat nak ada website.
  • Anda rasa servis Kuik ni lain dari yang lain.
  • Semua dalam 1 visit ke website kami je.

Impak yang sama kita akan berikan pada bakal pelanggan anda dengan website dari Kuik!

Anda hanya provide link social media saja, selebihnya kami handle!

Team pakar Kuik akan buat deep research & plan apa brand direction, website design serta copywriting terbaik.

  • Anda tak perlu serabutkan kepala.
  • Kami buat khusus untuk brand anda.
  • Bukan pakai template copy paste!

Anda bukan beli website, tapi anda 'beli' pengalaman lebih 12 tahun kami dalam Conversion Rate Optimization (CRO)!*CRO ni bidang ilmu untuk optimize dan convert pelawat jadi pelanggan.

Dalam 24 jam saja, kami akan bagi anda preview website & lihat sendiri hasilnya!

Tanpa perlu tunggu berminggu-minggu, dan lalui proses sakitkan kepala yang ganggu rutin anda yang dah memang sibuk.

  • Semak dan hantar senarai perubahan dalam tempoh 3 hari.
  • Dah betul-betul puas hati, baru bayar kami.
  • Kami setup semua untuk anda.

Proses yang sangat mudah, pantas & anda boleh yakin, anda dapat yang terbaik dari team yang berpengalaman.

Ini contoh hasil
website dari Kuik.

Lorong Pinang

Ini website demo sahaja. Website anda nanti kami buat ikut tema dan cerita kedai anda sendiri.

Ini Website Demo SahajaKami jaga privasi klien kami.

Dalam 1 pakej mudah, semua ini kami buat untuk anda, tanpa perlu anda pening kepala:

  1. Deep Research & Positioning.

    Kami kaji social media, hidangan signature, suasana dan cerita kedai. Kemudian kami pilih apa yang patut ditonjolkan untuk tarik pelanggan.

  2. Brand Direction Khusus.

    Kami tentukan cara terbaik untuk persembahkan kedai anda supaya pelanggan nampak keunikan dan sebab untuk datang.

  3. Copywriting Yang Pikat Selera.

    Kami tuliskan ayat yang buat bakal pelanggan rasa terliur nak datang singgah.

  4. Headline Yang Tarik Perhatian.

    Kami buat ayat pembuka yang menarik perhatian dan buat pelanggan nak terus membaca.

  5. Susunan Content Yang Persuasif.

    Kami susun cerita dari tarik perhatian, bangkitkan selera, jawab persoalan hingga ajak pelanggan datang.

  6. Design Khusus Untuk Brand Anda.

    Kami sesuaikan warna, gaya dan susunan website dengan identiti kedai anda.

  7. Website Mobile-Friendly.

    Kami pastikan website mudah dibaca dan digunakan melalui telefon, tablet dan desktop.

  8. Semua Info Dalam 1 Laman.

    Kami kumpulkan maklumat penting supaya pelanggan tak perlu cari satu-satu dalam post lama.

  9. Highlight Hidangan Signature.

    Kami tonjolkan hidangan yang patut pelanggan cuba dan apa yang buatnya istimewa.

  10. Paparan Gambar Makanan & Suasana.

    Kami susun gambar yang anda sediakan supaya pelanggan boleh bayangkan rasa, suasana dan pengalaman di kedai.

  11. Paparan Menu & Harga.

    Kami sediakan menu yang mudah dilihat supaya pelanggan boleh pilih dan rancang sebelum datang.

  12. Waktu Operasi Yang Jelas.

    Kami letakkan waktu buka supaya pelanggan tahu bila sesuai untuk singgah.

  13. Alamat & Lokasi Kedai.

    Kami paparkan lokasi dengan jelas supaya pelanggan tak tertanya-tanya kedai anda di mana.

  14. Butang Google Maps & Waze.

    Kami sediakan pautan Google Maps dan Waze untuk pelanggan terus buka arah perjalanan ke kedai.

  15. Butang WhatsApp.

    Kami mudahkan pelanggan hubungi kedai untuk pertanyaan lanjut.

  16. Pautan Social Media.

    Kami sambungkan website dengan akaun Instagram, TikTok atau Facebook kedai anda.

  17. Dashboard Kedai Anda.

    Kami sediakan akses login untuk pengurusan maklumat kedai dalam satu tempat.

  18. Menu Sentiasa Up To Date.

    Kami sediakan dashboard yang memudahkan perubahan menu, harga, gambar dan susunan—tanpa perlu tunggu atau bayar orang setiap kali.

  19. Cadangan Nama Domain.

    Kami bantu pilih alamat website yang sesuai dengan brand dan mudah diingati.

  20. Domain Standard Tahun Pertama.

    Kami sediakan satu domain standard yang tersedia untuk website anda selama 12 bulan.

  21. Hosting Tahun Pertama.

    Kami sediakan hosting selama 12 bulan supaya website anda boleh diakses pelanggan.

  22. Sambungan Domain & HTTPS.

    Kami urus sambungan domain dan HTTPS supaya website siap digunakan melalui alamat rasmi anda.

  23. Tetapan Asas SEO.

    Kami sediakan tajuk halaman, penerangan dan tetapan teknikal asas supaya enjin carian boleh memahami website anda.

  24. Preview Link Yang Kemas Bila Dikongsi.

    Kami tetapkan tajuk, penerangan dan gambar preview untuk pautan website anda.

  25. Semakan Telefon, Tablet & Desktop.

    Kami semak paparan website pada pelbagai saiz skrin sebelum dilancarkan.

  26. Semakan Prestasi Website.

    Kami uji prestasi halaman dan perbaiki perkara yang mengganggu pengalaman pelanggan.

  27. Preview Website Sebelum Bayar.

    Kami siapkan preview supaya anda boleh lihat sendiri hasilnya dahulu. Puas hati, baru bayar.

  28. Laporan Di Sebalik Website Anda.

    Kami terangkan kenapa positioning, copywriting dan susunan itu dipilih untuk kedai anda.

  29. Perubahan Sebelum Launch.

    Semak preview dan hantar senarai perubahan design, susunan, gambar atau copywriting dalam skop pakej sepanjang tempoh semakan 3 hari.

  30. Setup & Pelancaran Diuruskan.

    Kami urus bahagian teknikal sampai website anda siap dilancarkan dan boleh digunakan.

Anda hanya bagi link social media saja, kami uruskan semua ini untuk anda, pada 1 harga yang berbaloi-baloi!

PAKEJ WEBSITE RESTORAN

Semua 30 perkara tadi,
RM6,999 sekali bayar.

Tapi untuk 2 restoran terpantas hari ini

RM6,999

RM2,999sahaja.

Jimat RM4,000.

Tanpa deposit. Tengok hasil dulu. Puas hati, baru bayar.

Bayar dalam 3 hari selepas preview dihantar melalui WhatsApp untuk harga RM2,999.

Mulai tahun kedua

RM369/ tahun

Domain & hosting, serta 1 pusingan update website percuma setiap tahun.

  • Boleh ubah design & susunan website.
  • Boleh ubah copywriting & kandungan website.

Buku menu anda? Ubah menu, harga, gambar & susunan sendiri bila-bila masa melalui dashboard.

Macam mana prosesnya?
Ringkas, jelas & pantas.

  1. Isi borang.

    Bagi maklumat ringkas dan link social media restoran.

  2. Kami research & siapkan full preview.

    Sasaran dalam 24 jam selepas maklumat lengkap.

  3. Kami WhatsApp preview & laporan.

    • Tempoh 3 hari bermula selepas preview dihantar.
    • Bukan selepas isi borang.
  4. Minta perubahan sampai puas hati.

    • Minta perubahan tanpa had dalam skop pakej.
    • Sepanjang 3 hari (72 jam) selepas preview dihantar melalui WhatsApp.
  5. Bayar dalam tempoh 3 hari yang sama.

    • Bayar penuh RM2,999 sebelum tempoh itu tamat.
    • Selepas 72 jam daripada preview dihantar, harga kembali kepada RM6,999.
  6. Lepas bayaran, kami terus launch.

    • Kami urus domain, hosting dan semua setup hingga website live.
    • Anda tak perlu buat kerja teknikal. Kami siapkan semuanya.

Nak kami siapkan
untuk restoran anda?

Isi maklumat ringkas ni. Tanpa deposit.

Maklumat restoran anda.

Tanpa deposit. Tempoh bayaran 3 hari hanya bermula selepas preview dihantar melalui WhatsApp.

Satu link pun cukup. Ada akaun lain? Boleh tambah.

Macam mana nak copy link?
  • Buka profil restoran di Instagram, Facebook atau TikTok.
  • Gunakan pilihan share profil dan pilih salin link / copy link.
  • Kalau buka melalui browser, boleh copy alamat profil dari bar alamat.
  • Paste link tersebut dalam ruang di atas.

Pastikan nombor tepat supaya kami boleh WhatsApp preview anda.

Isi borang belum memulakan tempoh 3 hari.

SEBELUM ANDA MULA.

Ada soalan?

Boleh saya kemas kini menu sendiri?+
  • Ya. Anda dapat login dashboard untuk ubah nama menu, gambar, harga dan susunan menu sendiri.
  • Boleh kemas kini bila-bila masa, tanpa perlu tunggu kami.
Betul boleh siap sepantas 24 jam?+
  • Sasaran full preview ialah 24 jam selepas permohonan diterima dan maklumat lengkap.
  • Jika bahan tambahan diperlukan, kami maklumkan melalui WhatsApp.
  • Domain rasmi dilancarkan selepas bayaran, revision dan pengesahan anda.
Betul ke tak perlu bayar dulu?+
  • Ya. Kami siapkan full preview dan laporan untuk anda semak dahulu.
  • Selepas puas hati, bayar penuh dalam 3 hari (72 jam) selepas preview dihantar melalui WhatsApp untuk harga RM2,999.
  • Selepas tempoh tamat, harga biasa RM6,999 terpakai.
  • Kami launch selepas bayaran dan pengesahan akhir.
Berapa kali boleh saya minta perubahan?+
  • Tanpa had bilangan permintaan sepanjang 3 hari (72 jam) selepas preview dihantar melalui WhatsApp.
  • Anda boleh minta ubah design, susunan, gambar dan copywriting dalam skop pakej yang ditawarkan.
  • Fungsi atau halaman tambahan di luar pakej tidak termasuk dan memerlukan quotation berasingan.
  • Bayaran penuh mesti dibuat dalam tempoh yang sama untuk harga RM2,999.
  • Kesilapan KUIK dibetulkan tanpa caj.
Apa yang termasuk dalam pembaharuan tahun kedua?+
  • Pembaharuan ialah RM369 setahun, termasuk domain standard, hosting dan 1 pusingan update design, susunan atau copywriting website setiap tahun.
  • Buku menu boleh anda ubah sendiri bila-bila masa melalui dashboard.
  • Kami beri peringatan awal sebelum tempoh pakej tamat.
  • Domain premium dan kerja tambahan memerlukan quotation berasingan.
Adakah saya perlu sediakan gambar dan menu?+
  • Kami gunakan social media sebagai asas research.
  • Anda mungkin perlu memberikan gambar yang dibenarkan, menu terkini dan pengesahan lokasi serta waktu buka supaya website tepat.
Adakah website ada booking atau online ordering?+
  • Pakej ini ialah website satu halaman untuk memperkenalkan restoran, menu dan lokasi.
  • Sistem booking, pembayaran, halaman tambahan dan online ordering memerlukan quotation berasingan.